Very2 long time...

Mmg dah lama sgt rasanya Luna x update blog nie..masa x mengizinkan untuk upload2 gambar2 masakan baru..At the moment bisness Luna terpaksa diberhentikan sbbnya anak2 lebih memerlukan Luna on the weekend..x sanggup rasanya dgr mereka mengeluh dah lama x makan masakan mama. Setiap kali Luna berniaga hari Sabtu dan Ahad, Luna akan hantar anak2 pergi ke rumah MIL..and mmg Luna x masak sbb keletihan menyediakan bubur2...bisnes kencang tapi lebih prihatin pada anak2...almaklumlah sebagai wanita yg bekerja, Sabtu dan Ahad adalah hari saya bermanja2 dan bermesra2 dgn mereka, dan yg pasti mereka tertunggu2 hidangan istimewa saya utk mereka..So skrg Luna sedang memikirkan cara alternatif untuk Luna meneruskan perniagaan Luna..minat tu dh sebati dlm diri..cuma Luna kena perlu beri keseimbangan antara keluarga dan minat. Luna amek keputusan untuk ambil tempahan bubur untuk majlis2 kecil seperti open house, birthday party, majlis kesyukuran or apa saja majlis yg mahukan bubur disediakan sebagai pencuci mulut. InsyaAllah tidak membebankan sgt sbb hanya perlu sediakan dan tak perlu satu hari suntuk meniaga di gerai. Pada sesiapa yg nak order, bolela email sy lollipopgul@yahoo.com.my.

Basic Memasak

Its amazing bila tgk kanak2 seawal usia 8 tahun dapat belajar dan menghidangkan menu yg lazat dalam rancangan Junior Masterchef Australia.  Walaupun mereka muda tapi mereka kreatif dan berdaya saing.  Mungkin di Malaysia nanti akan wujud juga kelas2 memasak untuk pelajar2 sekolah rendah as like "Kemahiran Hidup". Zaman saya dulu dah sekolah menengah br ada subject ni.

Actually, memasak ni bukan perkara yg susah, cuma kena sedikit rajin untuk buat preparation for all the ingredients.  Tapi skarg dah banyk yg segera, so memasak bukan lagi satu masalah.  Cakap je nak masak apa, rendang, ayam masak merah, kurma daging, semua dah tersedia di dalam pek tinggal masukkan bahan mentah jer.

Anyway, from Julie and Julia movie, ada scene di mana Julia baru masuk ke kelas masak.  Nak tau apa yg diajar dahulu? POTONG BAWANG.  Yup, exactly.  Memotong bawang pun kena ada gayanya.  Teringat arwah mak dulu, ye..mmg dia ajar saya cara untuk potong bawang. Dan skang, saya pulak kena ajar2 anak2 buah saya cara nak potong bawang.  Memang org akan fikir, potong bawang jew,..ape yg susah sgt..tapi untuk rase yg lebih sedap, untuk bawang cepat layu dan berbau wangi semasa menumis, sume ada caranya.  Memasak pun kena belajar tau.  Untuk anak2,dan adik2 yg muda belia skang, belajar la masak daripada ibu,kakak, atau ahli keluarga yang lain.  Rugi besar kalau kita tak belajar, tuntut la ilmu sebanyak mungkin sementara mereka2 masih ada disamping kita.  Sekarang, org lelaki lagi ramai yg terror masak dan jadi chef, so sebagai pompuan, anggapla sebagai satu cabaran.   Walau setinggi mana pun kita belajar, pangkat besar mane pun kite, dapur tetap jadi keutamaan.  Tambatlah hati suami dgn senyuman, ikatla cinta suami dengan masakan.